Friday, 8 May 2020

FAMILY : TIPS DAPUR BERSIH

Tips Dapur Sentiasa Bersih
1. Kosongkan Sinki
Usahakan selalu agar sinki bersih dan kosong. Usah biar pinggan kotor atau cawan letak di sinki. Usahakan agar dalam sinki tidak berlonggok bercampur peralatan kotor belum bercuci.
Sinki adalah tanggungjawab semua orang yang berada di dalam rumah baik ibu, ayah, anak lelaki atau anak perempuan.
Sinki bersih hati pun tenang. Mudahkan lagi kerja memasak.
2. Bersihkan Pisau, Papan Pemotong dan peralatan memasak.
Bersihkan pisau yang yang berkarat dan kotor. Seeloknya gantikan dengan yang lain.
Papan pemotong yang dah hitam berkeladak seeloknya gantikan yang baru. Cara nak jaga kebersihan papan pemotong, selepas bersihkan oleskan dengan minyak.
Seminggu sekali cuba buat pembersihan peralatan memasak. Tips rendamkan dengan soda bikarbonat dengan air suam semalaman untuk tanggalkan kotoran dan minyak. Selamat mencuba 😊
3. Bersihkan Dapur.
Perhatikan dinding dapur tempat memasak selalunya lebih berminyak akibat percikan minyak. Dinding atau lantai yang dibiarkan kotor akan berkerak dan susah dibersihkan.
4. Cuci Perkakas Setelah Masak
Setiap kali selesai je masak, cuci semua perkakas dan alatan masak. Letakkan peralatan di rak atau di tempat asal.
Ini rutin harian. Jika nak lagi bersih buat rutin mingguan.

No comments:

Post a Comment