Kisah Jatuh Bangun Yusuf Taiyoob
1. Datuk Yusuf Taiyoob telah asaskan syarikatnya Yusuf Taiyoob Sdn Bhd. Berasal dari Georgetown Pulau Pinang.
2. Jenis perniagaan yang dijalanka adalah Kurma, makanan dalam tin, rempah, makanan kering dan jus buah-buahan
3. Perniagaan pertamanya adalah minyak wangi pada usia 21 tahun. Produk yang dikeluarkan sendiri sambutannya laris.
4. Tak lama itu, perniagaannya jatuh. Disebabkan terlalu banyak tekanan beliau jatuh sakit , muntah darah kesan pendarahan yang serius dalam perut dan terpaksa hentikan bisnes minyak wanginya.
5. Selepas keluar hospital dengan sokongan ibu, ayah dan datuknya berbekalkan semangat baru, beliau mulakan langkah bisnes kekacang dan rempah . Waktu ini beliau bermula semula dari zero.
6. Dengan menggunakan apa yang ada di tangan dan berkat sabar dan syukur. Satu tangga ke satu tangga beliau berjaya hadapi cabaran dalam bisnes.
7. Bermula ruangan kecil di kedai datuknya , beliau jual pelbagai produk. Barang yang untung tinggi diteruskan. Barang yang tak berikan untung tak diteruskan. Simple.
8. Walaupun vendor larikan diri, kena tipu, rugi, kena halau, produknya kena buang beliau tetap tenang dan profesional.
9. Berkat sabar, gigih, DNA keusahawan yang tinggi beliau telah berjaya menjadi seorang pengimport dan pengedar kurma NO 1 di Malaysia.
10. Sambutan menggalakkan dari Malaysia dan luar negara macam Singapore, Thailand, Indonesia dan lain lain.
11. Selepas kejayaan itu beliau tambah lagi produk sepertu jus buahan, sabun herba, bahan kuih muih dan lain lain.
12. Kini beliau berjaya miliki 1000 agen di Malaysia tak termasuk di luar negara.
13. Syarikatnya telah membekal 35 jenis kurma seperti Rotab Bam, Safia, Mariami, Safawi, Ajwa, Jewel, Ajmal dan Anbara
14. Kurma itu diperoleh dari Tunisia, Oman, Iran, Arab Saudi, Mesir, Jordan dan Afrika.
15. Selain kurma syarikat beliau ada import barangan rempah ratus untuk masakan dan bahan buat kuih muih.
16. Disebabkan permintaan yang sangat tinggi terpaksa buka kilang sendiri dengan nilai anggaran 20juta di Bukit Minyak, Seberang Prai.
17. Daripada kata kata dan tindakan beliau sangat aktif dalam kerja kerja kebajikan. Membantu golongan kurang bernasib baik, rajin sedekah
18. Beliau pernah ditawarkan jawatan lain tetapi menolak dengan baik disebabkan sibuk menguruskan perniagaannya dan beliau berkata hasilnya biarlah dia berkongsi dengan golongan kurang bernasib baik.
19. Waktu lapang lebih suka berada bersama ahli keluarganya. Beliau jarang habiskan masa bermain golf.
20. Beliau telah diberi anugerah gelaran Datuk daripada Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang.
21. Kilangnya berharga RM20 juta mampu menempatkan 700 kontena stok makanan sejuk dan kering pada satu masa.
22. Selain itu dapat sediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
23. Ia sebagai pusat pengeluaran dan membekal bahan makanan basah dan kering terbesar di utara Semenanjung sebelum diedarkan ke pasaran Indonesia, Thailand dan Singapura.
24. Ia tidak termasuk produk makanan lain seperti bahan untuk membuat kuih, masakan seperti rempah-ratus dan kacang serta makanan kering yang diimport dan diedar secara borong kepada lebih 1,000 pengedar di seluruh negara.
25. Jualan syarikat beliau setiap tahun memberangsangkan sebab pelanggan tahu kualiti produk yang bermutu dan harganya berpatutan.
Kisah hebat Datuk Yusuf Taiyoob.
' Raja Kurma Malaysia '

No comments:
Post a Comment