JENIS JENIS KURMA
Rupanya kurma ada banyak jenis tapi yang paling sedap dan popular kat Malaysia ada 11 jenis 
kurma ni berasal dari tanah Arab dan ada banyak jenis.
Antara negara yang mengeluarkan buah kurma termasuklah Arab Saudi, Jordan, Iran, Tunisia, Mesir. Ia juga ditanam di Amerika Syarikat di daerah California.
Kurma banyak khasiat , memang time puasa ramai pilih kurma untuk berbuka dan sahur sebab lebih kenyang dan boleh dibuat pelbagai menu.
1 – Kurma Ajwa
Jenis kurma Ajwa adalah salah satu yang ditanam di Madinah Munawara di Arab Saudi.
Harganya berbeza sebab kualitinya, saiznya dan syarikat yang mengimport buah kurma jenis ini.
Ia adalah kurma hitam yang manis dan isinya lembut. Kurma Ajwa antara harga yang paling mahal.
2 – Kurma Mabroom
Kurma Mabroom adalah jenis kurma kering dan lembut (sama dengan kurma Ajwa) yang banyak ditanam kat Semenanjung Barat Arab Saudi.
Ia tak manis tapi rasanya unik dan kenyal.
3 – Kurma Safawi
Teksturnya yang lembut dan semi-kering; dapat dikenali dari warnanya yang hitam mendalam, panjang dan saiznya yang sederhana.
Rasanya lebih kurang kurma Ajwa tapi lebih berbentuk oblong berbanding Ajwa.
Kurma ni mudah tersedia didapati berbanding dengan jenis lain.
4 – Kurma Sayer
Kurma ni dia separuh kering dan kulit tipis
Kurma Sayer, juga dikenal sebagai kurma Stamaran, Saamaran, Stamara atau Samberun, juga adalah salah satu jenis kurma lazat dan sedap.
5 – Kurma Mazafati
Kurma ni lembut , saiz sederhana, rasanya manis dan kandungan lembapan yang tinggi (berair). Isinya tebal.
Jika di Malaysia, buah kurma Mazafati lebih dikenali sebagai Kurma Kimia dan Kurma Bam.
Kat Malaysia jadi pilihan ramai orang sebab harganya yang lebih murah dan lebih sedap.
6 – Kurma Piarom
Kurma Piarom orang kenal sebagai kurma Mariami atau ‘kurma coklat’.
Kurma Piarom mempunyai rasa dan rupa yang unik dan dianggap paling mahal kerana pengeluaran mereka ekslusif di Hajiabad.
7 – Kurma Rabbi
Kurma Rabbi adalah separuh kering yang panjang dan mempunyai kandungan kelembapan di bawah 15%.
Kurma Rabbi adalah salah satu daripada enam jenis kurma merah kering yang popular dijual di pasaran.
8 – Kurma Kabkab
Kurma lembut, basah, bersirap dengan warna coklat gelap dan lebih panjang daripada jenis kurma lain.
Ia merupakan kurma gred AA ditanam di kebanyakan kawasan tropikal di Iran.
Kurma Kabkab dianggap sebagai jenis kurma basah kerana kandungan kelembapannya yang tinggi iaitu kira-kira 18%.
Kurma yang juga popular di pasaran Malaysia ini mempunyai tekstur yang halus dan lembut dan kulit yang keras kerana pit yang panjang yang melekat pada isi buah.
Ia popular kerana rasanya yang lazat, manis seperti sirap.
9 – Kurma Zahidi
Kurma Zahedi atau Zahidi adalah kurma tebal, kecil, berbentuk bujur , ia keras, berkilat dan kering, kadang-kadang kulitnya melekat pada isi buah .
Kurma Zahedi disukai ramai dan popular sebab kurang manis berbanding daripada jenis-jenis kurma yang lain.
Buah kurma ini amat sesuai untuk mereka yang menghadapi penyakit diabetes atau kencing manis.
10 – Kurma Medjool
Kurma Medjool adalah buah kurma yang paling sukar untuk ditanam dan oleh itu adalah jenis kurma paling mahal, besar dalam saiz, kulit berwarna kuning gelap sampai merah-coklat, tekstur berserabut dan rasa yang sangat manis.
Rasa manis yang ada pada buah kurma Medjool seakan rasa karamel.
Malah, buah ini sentiasa kelihatan segar walaupun setelah ia kering.
Buah kurma Medjool dikenali sebagai buah kurma ‘berlian’ kerana sifat istimewanya ini.
Kurma Medjool adalah alternatif yang lebih sihat untuk pencuci mulut dengan kalori tinggi kerana ia kaya dengan mineral penting dengan hanya kira-kira 66 kalori dalam setiap kurma.
11 – Kurma Deglet Noor
Kurma Deglet Noor adalah salah satu daripada pelbagai kultivar kurma.
Nama Deglet Noor dalam bahasa Arab bermaksud ‘ratu kurma’.
Ia berasal dari Algeria. Ia juga ditanam di Arab Saudi, Tunisia, Amerika Syarikat dan juga banyak negara-negara Mediterranean seperti Iran.
Kurma Deglet Noor Algeria tulen diketahui mempunyai sentuhan lembut, warna lut dan rasa lembut yang seperti madu, dan ciri-ciri ini yang membezakan ia daripada kurma lain
Di Malaysia, buah kurma Deglet Noor biasanya dijual dalam bentuk bertangkai. Ia juga menjadi antara buah kurma paling diminati di Malaysia.

No comments:
Post a Comment