Saturday, 9 May 2020

PGMALL : ECOMMERCE PLATFORM

Semua orang tau dan biasa kan platform Lazada.
Lazada group ni adalah syarikat ecommerce International .
Foundernya adalah Maximilian Bittner di bawah Rocket Internet dari Berlin, Jerman .
Beroperasi sejak tahun 2012 di Singapore dan kini Lazada berjaya meluaskan empayarnya ke seluruh Asia Tenggara , Eropah dan Amerika Selatan.
Buktinya Lazada ada di Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam.
Bisnes model yang digunakan adalah tiruvasi dari Amazon dan eBay di mana konsep marketplace model iaitu setiap merchant ditawarkan menjual pelbagai produk mereka menggunakan platform Lazada. Dan pihak Lazada yang uruskan setiap pembayaran dan proses penghantaran.
Salah satu sebab kenapa Lazada boleh tawarkan harga yang lebih rendah sebab mereka tak perlukan kos kedai fizikal atau gajikan pekerja / promoter .
Foundernya yang bijaksana telah lantik graduan muda sebagai CEO di setiap negara untuk lakukan kajian market dan buat sasaran target mereka. Semua dipantau oleh founder syarikat.
Alibaba telah membeli 51% sebahagian Lazada dari Rocket Internet dengan nilai $1billion.
Dan kini Alibaba telah miliki 90% Lazada.

No comments:

Post a Comment