Friday, 8 May 2020

FOOD : MAKANAN FEEL GOOD HORMONE



Masa PKP ni ramai pilih tinggal di rumah. Syabas dan tahniah. Bila tak keluar, pilihan membeli ialah secara atas talian.
.
Antara yang laku dan cepat ialah pizza.
.
Dua perkara menarik pada pizza. Satu pada rotinya. Satu lagi pada cheesenya.
.
Pada roti ada kompaun bernama gluteomorphins. Apabila makan, gluteomorphins akan masuk dan melekat pada reseptor opioid di otak.
.
Sama seperti morphins masuk ke reseptor opioid. Ia sebabkan rasa ketagih. Faham mudahnya seperti kita masukkan kabel 3 pin laptop ke soket 3 pin di dinding. Ia masuk dan melekat. Mengalirlah elektrik selepas itu.
.
Pada Cheese pula ada casomorphins. Hampir sama seperti gluteomorphins. Ia juga masuk melekat ke reseptor opioid di otak.
.
Apabila makan sahaja otak akan keluarkan dopamine - feel good hormone. Hormon ini juga sebabkan rasa ketagih. Apabila dirangsang keluar berlebihan.
.
Keinginan untuk makan berulang. Nampak cheese meleleh, kecur air liur. Meleleh jua akhirnya.
.
Dr Neal Barnard dalam bukunya The Cheese Trap sebut “ia adalah dadah makanan, sebabkan ketagihan berulang. Ketagihan yang sebabkan obesiti.
.
Hati hati dengan perangkap ini. Walau kenyang kita tetap mahu makan dan rasa lagi dan lagi. Penangan ketagihnya luarbiasa.
.
Dalam suasana dan suhu sakit yang meninggi, bagus banyakkan buah dan sayur. Atau cari makanan yang tiada bahan kimia yang susah disebut dan eja, Pengawet, Perisa dan Pewarna.
.
Begitulah.

Kredit : Dr Rizal Abu Bakar


No comments:

Post a Comment