Friday, 8 May 2020

COVID19 :GENG SCAMMER



Hati hati geng scammer..
Musim Covid-19 ni muncul juga geng-geng penipu dan manipulatif. Siapa sangka di saat dunia dan negara celaru, geng macam ni datang ambil kesempatan.
.
Mereka ni bukan baharu muncul. Dah sedia ada. Tunggu masa untuk menyerang sahaja. Sentiasa cari ruang.
.
Agak menarik bila otak geng penipu dan manipulatif ini di scan. Saya terpesona sikit dengan hasil kajian dari Universiti of Southern California. Mereka kaji 49 orang yang dikenali sebagai pathological liars dan manipulators. Mereka dapati penipu penipu ini ada 26% lebih banyak white matters berbanding grey matters dalam otak mereka.
.
Bahagian white matters yang tinggi ini pula berada di prefrontal cortex. Pusat yang uruskan bahagian logika dan buat keputusan.
.
Tugas White matters pula ialah koordinasi komunikasi antara bahagian-bahagian otak. Cepat atau lambat bergantung pada white matters ni. Senang fahamnya ialah berapa megabyte per second. Lagi tinggi lagi bagus.
.
Macam mana kita nak fahamkan hasil kajian ni?
.
Perasan tak geng kaki tipu cepat betul tukar dan atur ayat. Kita dengar pun smooth sahaja ayat mereka. Tidak teragak agak. Mereka pun nampak relaks.
.
Berbeza dengan kita kalau nak tipu. Kita akan teragak-agak. Berdebar tak tentu pasal.
.
Macam mana nak kenalpasti geng penipu ni?
.�Cara mudah ialah dari ayat yang diguna. Saya beri contoh. Bila ditanya “Kamukah yang makan biskut last tu?” Si penipu akan jawab “Tidak. Saya tidak makan biskut last tu.
.
Sama juga dalam konteks hutang. Kalau ditanya “Bila nak bayar?” “Saya akan bayar” Lepas tu di akan tambah lagi. “Saya akan bayar semua sebelum saya mati. Saya tahu amal nanti tergantung kalau tidak bayar hutang.” Ini contoh ayat manipulator dan penipu yang guna agama untuk tutup mulut orang lain.
.
Antara kriteria lain ialah bila janji dia akan mungkiri. Dia bagi tarikh nak bayar bil sampai masanya dia tak bayar. Beri tarikh baharu pula.
.
Atau bila diberi amanah dia khianati. Seperti contoh guna duit syarikat untuk kepentingan diri. Bei barang untuk syarikat tapi barang tak sampai. Duit tidak dipulangkan. Beri alasan macam macam lepas tu. Ini mungkin kriteria yang mudah difahami. Bab ni ramai yang terkena.
.
DI musim Covid-19 ni geng penipu datang bentuk ayat dan tulisan. Datang dalam bentuk whatsapps dan email. Fokus mereka ialah pada harapan dan ketakutan.
.
Contoh manipulasi ketakutan ialah “anak anda kena tangkap sebab langgar PKP. Kalau masuk mahkamah kena denda RM1000. Kalau bayar RM300 SEKARANG kes tak masuk mahkamah. Anak tak bermalam di lokap.” Agak-agak berapa ramai ibubapa sanggup bayar untuk elakka anak bermalam di lokap dan masuk mahkamah.
.
Jadi hati-hati apabila terima mesej atau dihubungi geng-geng begini. Download apps yang boleh rekod perbualan. Pasang perbualan dalam loud speaker. Biar yang lain boleh dengar. Mereka mungkin lebih rasional. Kita yang terkena saat itu mungkin sudah terlalu emosional. Tak dapat berfikir dengan tenang dan jelas.
Kredit : DrRizal Abu Bakar

No comments:

Post a Comment