Friday, 8 May 2020

COVID19 : CERITA B40 DAN M40


SAYA SEORANG USAHAWAN DAN SAYA KECEWA LIHAT PERANGAI USAHAWAN LAIN.
Kredit To : Faizul Ridzuan, Usahawan Hartanah.

( Tolong JANGAN baca post ini kalau anda tak mahu tahu perangai sebenar boss-boss anda )
.
Semenjak hari Jumaat, majoriti rakyat Malaysia gembira dgn pakej stimulus yang dilancarkan oleh PM TSMY. Satu kelompok atau geng terasa ditinggalkan oleh stimulus ini, iaitu geng usahawan atau entreprenuer. Sebagai usahawan yang ada lebih dari 4 perniagaan, dan menggajikan lebih dari 50 pekerja pelbagai bangsa, dan overhead gaji kami lebih dari RM150,000 sebulan. Jadi memang saya rasa terkesan and rasa kena left behind sebab masih perlu bayar gaji pekerja walaupun waktu semua orang tak boleh keluar macam skrg.
.
Malah, saya diberi kesempatan berjumpa TSMY untuk berkongsi pandangan dan pendapat sehari sebelum stimulus RM250Bil ini dilancarkan. Saya beritahu yang kami SME perlukan wage subsidy kalau kami nak pastikan yang kami boleh kekalkan semua pekerja waktu ekonomi dan pasaran sdg tutup kerana kuarantin ini besar kemungkinan akan selama 2-3 bulan. Beliau jelaskan yang beliau tahu yang SME merupakan tulang belakang ekonomi, dan lebih RM50Bil pinjaman disediakan untuk SME yang memerlukan dana. Tapi prioriti beliau adalah jaga golongan B40 yang bakal terkesan jauh lebih teruk.
.
Bohonglah kalau saya cakap saya tak kecewa kerana rasa dipinggirkan oleh beliau. Tapi saya faham kenapa beliau pilih untuk focus bantuan kepada B40 dan M40 dan cuba pastikan tiada majikan buang pekerja waktu ini. Sebab worst case saya, adalah saya tutup business lepas 6-9 bulan, tapi masih ada tempat tinggal yang bagus, masih boleh pakai kereta. Anak saya masih boleh bersekolah. Boleh jual aset yang ada untuk survive. Boleh buat loan untuk surive for a while.
.
Worst case untuk golongan B40 hari ini?? Takde duit untuk makan, takde job sebab korang buang diorang, /motor/kereta kena tarik, anak takde susu, dan semua ni akan memaksa buat benda illegal semata mata untuk survive. Jadi saya boleh terus selfish dan mintak TSMY bagi juga kat SME, tapi bila terfikir lebih 3juta golongan B40 yang lebih perlukan bantuan ini, saya diam dan syukur je sebab my worst case scenario is still better than best case scenario golongan B40 today. Dan saya sendiri pernah hidup dalam golongan B40 suatu ketika dulu sebelum saya ubah nasib saya.
.
So hari ni saya sgt kecewa dgn komen komen kawan-kawan SME yang :
.
-Menyindir B40 bakal jadi lagi kaya dari mereka waktu ini.
.
- Terfikir langkah pertama yang patut mereka buat adalah buang 30%-40% dari workforce mereka.
.
- Siap ugut kerajaan lagi, kalau tak dapat duit free, mereka akan buang ramai pekerja.
.
- Tak mahu ubah lifestyle mereka untuk pastikan business mereka survive
.
- Maintain lifestyle mereka, lebih penting dari bantu pekerja mereka yang dah bertahun berjasa, yang juga ada keluarga untuk ditanggung
.
Yang buat saya lebih sakit hati, mereka yang menyindir pada golongan B40 dan M40 ini, ada yang :
.
1. Baru sahaja pulang dari melancong percutian mahal in the last 12 bulan tapi dengki dgn makcik Kiah .
.
2. Pakai kereta mewah, ada driver tapi cemburu dgn elaun mereka yang memandu Grab.
.
3. Masih ada orang gaji tapi cemburu dgn orang yang berpendapatan RM2000
.
4. Komplen bosan tak tahu nak tgk cerita apa kat rumah di Netflix/Astro atau video game apa nak main.
.
5. Komplen how sucks their life today dalam group whatsapp, dan duk rumah yang ada aircond. Baru sebulan RMO. Walhal B40 dah bertahun sempit macam ni.
.
6. Waktu RMO ni masih boleh main game/laytan netflix walaupun perniagaan bakal bungkus lagi 2-3 bulan sebab business model tak sustainable.
.
7. Berniaga dah bertahun ( ada yang dah berpuluh tahun), hidup mewah dah bertahun, hari hari kutuk kerajaan, tapi hari ni masih perlukan tongkat dari kerajaan untuk survive 2 bulan MCO ni untuk bayar gaji staff yang dah bertahun berjasa dan kayakan dia.
.
8. Siap pakat-pakat nak ugut kerajaan nak buang 50%-70% pekerja B40 mereka kalau tak dapat duit free beratus ribu-berjuta. Senang cerita, diorang nak kena bailout.
Duit RM50Bil loan untuk SME disediakan, tapi dia tak mau sebab dia nak duit free sahaja walaupun sebenranya dah bertahun hidup mewah.
.
Kawan-kawan semua, ni masa untuk anda lihat siapa sebenarnya majikan/boss anda. Anda boleh tahu yang majikan anda adalah boss yang mahu pergunakan anda, atau leader yang sanggup mati dahulu sebelum anda dikorbankan. Hari ni anda akan tahu diorang jenis yang nak makan dulu, atau dia jenis yang makan last sekali lepas anda semua dah okay. Simon Sinek pernah cakap, "Leaders eat last”. Kalau diorang sanggup buang anda dahulu, tanpa downgrade kereta, rumah, lifestyle mereka, anda sebenarnya langsung tak penting untuk mereka. Kalau boss anda boleh potong gaji anda tanpa potong gaji mereka yang jauh lebih banyak, boss anda bukan leader. Personally, saya takkan kerja dgn orang business, acah-acah entreprenuer lembik yang bukan leader. Anda takkan dapat belajar apa, dan dia akan buang anda dulu sebelum dia korbankan lifestyle dia dan cuba sehabis baik. Saya belum sempat tgk Netflix, main game, atau sembang kosong waktu RMO ini. Last week saya sibuk cadangkan polisi kewangan dan SME kepada kerajaan dan jumpa PM ( national service yang saya buat free dan tak mahu bayaran ), dan priority saya skrg adalah nak pastikan semua pekerja saya masih ada pekerjaan untuk tahun ini tanpa kena buang sesiapapun atau potong gaji mereka. Saya dalam process refinance beberapa property yang ada supaya ada modal lebihan on standby.
.
Kalau boss anda berhentikan anda in the next 2-3 bulan dah salahkan kerajaan tak bantu business dia, jangan termakan dgn hasutan boss anda yang ini semua salah kerajaan. Ada banyak cara kami SME boleh buat hari ini untuk dapatkan modal untuk bantu tinggikan cashflow dan reserves, tapi kalau boss anda sibuk buat video Tiktok, main socmed, komplen kat WA, memang bagi duit free beratus ribu mmg akan lingkup juga nanti. Ni bukan real entreprenuer. Real entreprenuer waktu susah, akan jadi lebih bagus. Berniaga dah bertahun takkan kena bayar gaji sebulan ( untuk keselamatan kita semua ) pun tak mampu dan tak boleh? Jual lah banglo anda tu sebijik, dari suruh kerajaan ambil duit dari B40 dan M40 yang anda bakal buang anyway.
.
Kepada rakan rakan SME saya, ada banyak cara yang kita boleh gunakan untuk naikkan modal dalam business kita in the next 2-3 bulan. Jaga pekerja kita waktu susah ni, supaya mereka ingat dan jaga kita dan bisnes kita waktu senang nanti. Jangan harapkan tongkat kerajaan kalau kita sendiri belum cuba sedaya upaya dan sehabis baik. Kalau anda nak belajar benda ni, join group saya, nanti saya share idea saya, semua PERCUMA je.
Kepada kawan-kawan saya yang berkerja, ini waktu kita lihat majikan kita dan nilai kita sebenarnya pada mereka. Kalau mereka leader, mereka akan berkorban waktu ini dari segi lifestyle mereka untuk pastikan anda ada pekerjaan dan income yang cukup untuk sara keluarga kita. Hargailah mereka dan pengorbanan mereka hari ini. Ucapkan terima kasih pada mereka sebab pengorbanan mereka untuk pastikan kita ada mampu lagi sara hidup keluarga kita waktu krisis ini, sebab memang perit bayar gaji tapi business tak boleh jalan. Ada ramai leader yang tak tidur, bersengka mata hingga 2-3 pagi hari ni nak pastikan anda semua survive. Sanggup bergolok-gadai harta yang ada sebab tak sampai hati nak buang staff yang ada tanggungan 4-5 mulut di rumah dan bergantung penuh pada gaji mereka. Kalau jumpa leader/syarikat macam ni, ucapkan terima kasih pada mereka sbb setia pada anda waktu susah dan tak buang kita macam tu sahaja walaupun dia boleh.
.
Dan kalau anda bekerja dgn syarikat yang leadernya eat first, dan kalau dia buang anda in the next 2-3 bulan atas alasan kerajaan tak bantu business dia, anda kena bersyukur juga sebab anda dah tahu nilai anda di mata boss anda. Time anda buat duit dia sayang, time rugi sikit dia buang anda terus. Bersyukur sebab tak perlu kerja lama dgn majikan tahi macam ni, yang memang bisnes dia takkan kekal lama sebab harapkan tongkat kerajaan untuk survive.
.
Last sekali, tak kisah lah anda T20, M40, atau B40, stau boss SME, raise cash dan simpan cash sebanyak boleh dalam masa 6 bulan ni. Recession is here, satu dunia sedang ada krisis, tapi akan ada banyak peluang. Last krisis ekonomi yang kita ada tahun 2008-2009, ada ramai yang bankrupt, dan ada ramai yang jadi jutawan. Rezeki saya waktu tu dapat jadi jutawan sebelum umur 30 tahun sebab buat benda yang betul waktu krisis ekonomi 2008-2009. ( Alhamdulillah saya personally buat lebih RM4juta waktu tu ). Beza dia knowledge dan attitude. Kalau rasa nak tambah ilmu dan ubah nasib, join group saya dan saya ajar persediaan dan ilmu, percuma je. Kita bantu kita waktu susah ni, kita support each other.
.




No comments:

Post a Comment