PENJELASAN LANJUT TENTANG MORATORIUM PINJAMAN
1. Saya ingin memberi penjelasan lanjut tentang moratorium penangguhan pembayaran balik pinjaman sehingga enam bulan yang diumumkan oleh BNM pada 25 Mac.
2. Jadi jika anda confused tentang langkah yang perlu anda ambil, lampiran berikut adalah jawapannya!
3. Jadi anda mempunyai dua pilihan:
a) Jika kewangan anda suspek, maka anda terima moratorium tersebut.
b) Jika kewangan anda stabil dan anda mempunyai wang simpanan yang cukup, maka anda teruskan membuat pembayaran.
4. The reasoning untuk memilih (b) adalah simple. Loan anda masih dan tetap dikenakan faedah oleh bank dalam tempoh moratorium tersebut. Jika anda tak bayar, maka sudah tentu jumlah bayaran baliknya akan meningkat. You can avoid this dengan membuat bayaran seperti biasa. Jadi semuanya status quo.
5. Mereka yang tak cukup sumber kewangan pula perlulah menerima moratorium tersebut. Walaupun jumlah bayaran baliknya akan meningkat, anda menerimanya kerana anda memerlukan wang sekarang! Inilah pengorbanan yang anda perlu lakukan.
6. Semoga penjelasan ini akan menolong anda dan keluarga.

No comments:
Post a Comment