Friday, 8 May 2020

DINAR EMAS DI MALAYSIA



Penggunaan Dinar Emas di Malaysia
1. Idea penggunaan dinar emas telah dicetuskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2001 .
2. Tun Dr Mahathir melihat penggunaan dinar emas lebih kukuh dan stabil disebabkan ia mempunyai nilai intrinsik yang takda pada wang kertas.
3. Selain itu juga bagi mengelakkan kebergantungan penuh kepada matawang dolar AS, Euro, Yen dan lain lain.
4. Walaupun pada awalnya mendapat respon negatif dari kalangan negara OIC disebabkan rasa tak yakin penggunaan dinar.
5. Semasa krisis ekonomi pada 2008, idea ini telah timbul semula.
6. Idea dan cadangan yang tercetus dari Tun Dr Mahathir kini malaysia telah miliki 5 syarikat / agensi penempaan dinar emas iaitu
1. Islamic Mint ( Islamic Gold dinar )
2. Royal Mint ( Dinar Emas Royal Mint)
3. Kelantan Golden Trade ( Dinar Emas Kelantan )
4. Public Gold Fine Sdn Bhd ( Dinar Public )
5. Kerajaan Negeri Kedah ( Dinar Emas Muazam Syah)
7. Potensi penggunaan dinar emas di malaysia menunjukkan perkembangan positif di mana ia turut digunakan dalam urusan haji, mas kahwin, pembayaran zakat. Malah ada yang menggunakan dalam urusan jual beli dan pembayaran gaji. Ia juga turut digunakan sebagai hadiah dan cenderamata.
8. Mengikut sejarah tamadun islam, dinar emas telag digunakan pada 571M hingga 1924 ( selama 1353 tahun) berbanding wang kertas 1924 hingga kini yang telah mengalami pelbagai krisis ekonomi di peringkat negara dan dunia.
9. Dinar emas mempunyai nilai yang tetap, sukar untuk dipalsukan dari segi warna, dengung bunyi dan kekerasannya .
10. Dinar emas mempunyai nilai intrinsik yang kekal nilainya pada setiap masa dan tempat. Kilauan emasnya tak dapat dihilangkan walaupun diuji dengan asid.
11. Dinar emas bebas inflasi . Dinar emas sukar dihasilkan atas sebab faktor ini dapat mengelak dari berlaku lebihan penawaran wang yang membawa kepada kesan inflasi.
12. Dinar emas sukar untuk dispekulasi disebabkan disebabkan harganya yang teguh berbanding logam lain. Nilainya berdasarkan timbangan berat logam emas.
13. Pelaksanan dinar emas di malaysia telah pun wujud dan beredar penggunaannya melalui 3 mekanisma iaitu matawang dinar emas, Ar Rahnu dan pelaburan.

No comments:

Post a Comment