Friday, 8 May 2020

NOTA DINAR EMAS


Nota Dinar Emas
1. Dari zaman Tamadun Islam penggunaan dinar emas menunjukkan kejayaan kerajaan islam dan lambang kekuatan dan jati diri umat islam.
2. Penggunaan wang fiat mudah terdedah kepada inflasi, spekulasi, manipulasi disebabkan terdedahnya kepada ketidakstabilan dalam pasaran.
3. Dalam sejarah Kerajaan Uthmaniyah , dinar emas digunakan dalam pembayaran projek besar dan wakaf negara seperti pembinaan bangunan seperti masjid, sekolah, hospital , jambatan dan jalan raya.
4. Islamic gold dinar telah wujud dan beredar di Malaysia. Atas cadangan Tun Dr Mahathir pada 2001 kini Malaysia dah ada 5 syarikat yang menempa dinar emas iaitu
Royal Mint Malaysia
Islamic Mint
Kelantan Golden Trade
Public fine Gold Sdn Bhd
Kerajaan negeri kedah
5. Ada 2 bentuk pembayaran menggunakan dinar iaitu secara fizikal dan elektronik. Contohnya dalam pembayaran fizikal digunakan untuk bayar mas kahwin, menunaikan haji, bayar zakat seperti yang digunakan oleh Dinar Emas Kelantan oleh rakyat kelantan.
6. Atas cadangan Tun Dr Mahathir juga dinar emas telah digunakan dalam perdagangan antarabangsa dalam import dan eksport melalui sistem BPA dan MPA. Antara negara yang bersetuju untuk urusniaga dinar emas adalah malaysia, iran, bahrain dan sudan.
7. Pajaka gadaian islam Ar Rahnu adalah salah satu mekanisma pasar islam. Ia menerima dinar emas untuk ditukar kepada tunai. Ini menunjukkan Malaysia telah sediakan tempat tukaran dinar kepada tunai.
8. Contohnya ada di antara penerima zakat yang terima dinar mereka boleh tukarkan kepada tunai di mana mana kedai Ar Rahnu. Contoh lain pasar besar siti khadijah di kelantan juga terima transaksi jual beli dalam dinar.
9. Pelaburan dinar emas di uruskan oleh 2 syarikat penempaan emas dinar iaitu E-Qirad dan Public Fine gold international sdn bhd.
10. Public fine gold adalah syarikat pelaburan yang uruskan jual beli emas. Syarikat tawarkan beberapa produk seperti syiling emas, dinar emas dan jongkong emas saiz 1g, 10g, 20g, 50g dan 1 kg.
11. Pelaburan dinar emas nilainya lebih selamat , menguntungkan, walaupun nilai pasaran jatuh risiko kehilangan wang dapat dielakkan, kadar pertukarannya juga lebih stabil.

No comments:

Post a Comment