Friday, 8 May 2020

SISTEM KEWANGAN BERASASKAN EMAS PENUH


Sistem Kewangan Berasaskan Emas Penuh
1. Selepas berakhirnya kerajaan uthmaniyah di tangan eropah pada 1924 berakhirnya penggunaan dinar emas.
2. Sistem monetori berasaskan kandunagn emas penuh dilaksanakan dari 1640-1971
2. Pedagang yang melakukan transaksi urusniaga yang besar merasakan kesukaran untuk membawa duit logam dan emas yang besar dan berat. Ini menyukarkan urusan jual beli .
3. Bermula saat itu, mereka simpan duit logam dan emas kepada tukang tukang emas, kemudian tukang emas akan keluarkan sebuah nota @ resit yang dipanggil Goldsmith ia sebagai bukti simpanan mereka.
4. Mereka perlu menebus semula resit goldsmith tadi dari tukang emas bila nak gunakan wang simpanan.
5. Nota goldsmith ni adalah kertas yang disandarkan 100% kepada emas.
6. Sejak itu goldsmith dijadikan 1 tempat untuk mereka membuat simpanan duit logam dan emas sehingga 1 masa ada yang tak tuntut dan membiarkan simpanan di sana.
7. Lantas tukang tukang emas telah keluarkan nota goldsmith baru kepada nereka yang lebih perlukan duit dengan kenakan caj faedah.
8. Di sinilah bermulanya sistem perbankan yang digunakan hingga sekarang .

No comments:

Post a Comment